PANTUN GAYONG

Seni Gayong Payung Pusaka
Naungan Aneka Hikmat Mulia
Rahsia Tersimpan Di Purbakala
Ilham Menyusun Zahir Semula

Khamis, 30 Mei 2013

KITAB GAYONG

Tapak Gayong 
Terdiri daripada segala pelajaran asas gerak tangan dan kaki, termasuk juga latihan senaman anak harimau, elakan dan tangkapan kunci mati 
(21 buah tapak kunci mati) 

bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata. 

Seni Tapak Gayong
Lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya pesilat berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup 
(teknik membuka kuncian - 49 buah)

 di samping berkemampuan untuk mengunci semula lawan. Juga merangkumi pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7x21) 

buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan (21 buah). 

Seni Keris 
Pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.Mengandungi pelajaran Seni Keris 
(Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman),

 Seni Pisau
 (Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua) 

Seni Simbat
Pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas, dan lembing. Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat 
(kunci dan permainan)

, Seni Simbat Suk/Cota
 (kunci dan permainan),

 Seni Tongkat Panjang/Tembung 
(kunci dan permainan),

 Seni Parang Panjang 
(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua),

 permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak/Lembing 
(kunci dan permainan)

, Seni Anak Tombak 
(kunci dan permainan),

 Seni Parang-Tekpi, Seni Tombak-Tekpi. 

Seni Yoi 

Pelajaran tangan kosong yang dipenuhi dengan buah pukulan bagi menentang serangan ramai
 (21 buah pukulan). 

Seni Belian
Permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan kebatinan. Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau. 

Seni Cindai 
Pelajaran yang menggunakan kain sarung dan merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina.Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah:
 Sauk-sauk 
(21 buah),

 Tebar 
(21 buah)

, Serkap 
(21 buah), 

Kain Tudung 
(21 buah),

 Awang Bodoh 
(21 buah),

 Pukat 
(21 buah), 

 Kalung Puteri
(21 buah). 

MAKSUD GAYONG

Gayong Jawi

Ga - Genggam

Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.

Alif - Angkat

Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.

Ya - Yakin

Yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau - Waras

Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.

Nga - Ngeri

Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
Lima huruf diatas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucapkan dua kalimah Syahadah, menunaikan sembahyang fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan bahawa seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari semalam.
Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong terpancar daripada keupayaan melaksana segala titah perintah Allah S.W.T. dan menjauhi segala laranganNya. Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebutkan diatas barulah dianggap seorang murid Gayog itu benar-benar menuntut dan mendalami ilmu Silat Seni Gayong.  

LANGKAH GAYONG

      ASSALAMUALLAIKUM...SALAM SEJAHTERA PENDEKAR,SAYA MENULIS HIKAYAT INI UNTUK MENYEDARKAN ANAK-ANAK MELAYU YANG MULA LUPA AKAN ADAB DAN ADAT ORANG MELAYU.DAN YANG JELAS LAGI NYATA ANAK MELAYU SEKARANG SUDAH MULA MELUPAKAN HARTA PUSAKA ORANG MELAYU IAITU SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KITA ORANG MELAYU (SENI SILAT).

     SENI SILAT BAGI SAYA AMAT BERBEZA BERBANDING SENI MEMPERTAHANKAN DIRI YANG LAIN.SAYA JUGA PADA MULANYA BUKAN SEORANG PESILAT.PADA ASALNYA SAYA SEORANG AHLI MUEI THAI.SAYA MEMPELAJARI MUEI THAI KERANA KETURUNAN  EMAK SAYA MEMPUNYAI  DARAH MELAYU THAILAND.JADI SAYA PERLU TAHU SERBA SEDIKAT SEJARAH MOYANG SAY.NAMUN SAYA MERUPAKAN ANAK MELAYU.

     PADA UMUR SAYA MENINGKAT REMAJA,SAYA BERALIH KEPADA SILAT.SILAT YANG SAYA PELAJARI HANYA SATU IAITU PUSAKA GAYONG.PADA MULANYA SAYA BERMULA SEBAGAI PENONTONG SAHAJA.SEBAB SAYA HANYA MENONTONG KERANA SAYA SUKA MENGKAJI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.KEMUDIAN SAYA MENYERTAI GAYONG DENGAN MENJADI ANAK GAYONG YANG KOSONG TAMPA ILMU PERSILATAN.

        JADI SAYA BUKAN KETURUNAN MELAYU TANAH MELAYU SAYANG SENI SILAT MELAYU.KENAPA TIDAK KAMU PEWARIS YANG HAK MEMPELAJARI SENI SILAT ITU SENDIRI...